PLAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025
Pendidikan adalah penyumbang utama pembangunan modal sosial & ekonomi negara. Pndidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu memastikan sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang menjadi asas perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global.

Sistem pendidikan kita merupakan tunjang pembangunan negara. Sistem ini telah menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini dan generasi sebelumnya bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara. Sesungguhnya, kejayaan sistem pendidikan adalah hasil kegigihan dan dedikasi para guru, pengetua, pentadbir, pegawai dan kakitangan sokongan yang menjadi teras kekuatan Kementerian Pelajaran sejak dahulu hingga kini. Bakti yang telah dicurahkan oleh mereka tidak dapat disangkal oleh manamana pihak. Dalam tempoh lebih 55 tahun negara mencapai kemerdekaan misalnya, kita menyaksikan peningkatan yang ketara akses pelbagai peringkat pendidikan. Negara boleh berbangga dengan kejayaan kita menyediakan pendidikan rendah dan menengah rendah yang telah mencapai tahap hampir sejagat. Kejayaan negara menyediakan peluang pendidikan dalam tempoh yang singkat selepas merdeka telah diakui dan diiktiraf oleh pertubuhan antarabangsa, seperti UNESCO dan Bank Dunia. Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik dinamik proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan. Pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantasdan mapan sehingga tahun 2025. Bersandarkan inisiatif yangtelah diperkenalkan bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara,pelan pembangunan ini menggariskan perubahan besar yangkita hasratkan. Antara lain, perubahan yang dimaksudkanmerangkumaspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah pemilihan guru, latihan guru,penyediaan ganjaran kepadaguru dan pemimpin sekolah, dan pendekatan pengoperasian Kementerian. Pelan ini dengan jelas menggambarkan faktor penambahbaikan penting bagi setiap langkah dalam perjalanantransformasi yang bakal dilalui. Kesemua matlamat ini melambangkan cita-cita kita yang tinggi. Namun, saya yakin kita berupaya mencapainya. Hal ini termasuklah memastikan enrolmen sejagat pada pelbagai peringkat
pendidikan, iaitu daripada prasekolah hingga menengah atas dalam tempoh 10 tahun akan datang, mengurangkan separuh jurang pencapaian antara kelompok kaya dengan miskin, bandar dengan luar bandar, dan antara negeri dalam tempoh yang sama, meningkatkan kedudukan pencapaian negara daripada kelompok sepertiga terbawah kepada kelompok sepertiga teratas dalam kalangan negara yang menyertai pentaksiran peringkat antarabangsa, seperti PISA dan TIMSS, dalam tempoh l5 tahun akan datang, dan membina sistem pendidikan yang mengasuh kanak-kanak untuk menghargai keunikan identiti sebagai warganegara Malaysia. Secara keseluruhannya, hasrat ini mesti dicapai melalui pengagihan sumber yang terancang dan teliti, dan seterusnya memastikan setiap ringgit dibelanjakan untuk meningkatkan keberhasilan dan kemenjadian murid. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pelajaran dan semua pihak yang menyumbang kepada pembinaan Pelan Pembangunan Pendidikan ini. Saya akui bahawa bukanlah mudah untuk melaksanakan transformasi sistem pendidikan, dan kita bakal berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang tempoh pelaksanaannya. Tetapi percayalah, bukan sahaja kerajaan dan Kementerian Pelajaran yang komited untuk mencapai kesemua matlamat ini, malah saya secara peribadi juga komited. Dengan berganding bahu bersama-sama rakyat, saya amat yakin bahawa kita akan terus tabah dan dapat memastikan setiap matlamat berjaya dicapai. Daripada ibu bapa, anggota masyarakat sehinggalah sektor swasta, kita semua mempunyai peranan dalam meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara yang akan membantu menyemai benih kejayaan anak kita, yang dapat kita laksanakan dengan bangganya. Insya Allah, marilah kita harungi perjalanan yang menguja, mencabar dan amat penting ini secara bersama, sebagai satu bangsa.
YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
OBJEKTIF PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
Pelan Pembangunan Pendidikan ini telah dirangka bagi menghadapi cabaran abad ke-21 berasaskan dasar dan laporan terdahulu yang sangat besar pengaruhnya. Pelan ini berfokuskan cara membangunkan dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik sistem pendidikan secara berterusan. Bagi tujuan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan dirangka berasaskan tiga objektif yang khusus seperti yang berikut:
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025.
3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.
CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN
Dalam dunia pendidikan mempunyai cabang-cabang falsafah yang saling berhubung antara satu dengan yang lain dan menjadi landasan penting kepada warga pndidik dalam menyampaikan pengajaran. terdapat 4 cabang falsafah yang dikemukakan iaitu;

1. METAFIZIK / ANTOLOGI
Falsafah ini adalah melibatkan sifat realiti seseorang & perkara yang melampaui fizikalnya yang bersifat spekulatif atau berfokus kepada isu sebab dan akibat dimana dapat mempengaruhi pelajar tentang perkara yang berlaku mengikut keadaan semasa. contohnya, sesuatu perbuatan yang baik akan menghasilkan akibat yang baik. dalam falsafah ini pendidik harus mengajar mengikut matlamat pendidikan yang dijalankan dengan memilih kandungan pengajaran yang sesuai dengan tahap pembelajaran yang dijalankan serta berpandukan sifat semulajadi pelajar mengikut keadaan dan situasi pendidikan.
2. EPISTEMOLOGI
Dalam proses pengajaran, pendidik/guru perlu sentiasa memberi jawapan terhadap persoalan yang timbul dalam kalangan pelajar. seseorang pendidik harus cuba membantu menyelesaikan masalah pelajar dalam pendidikan melalui jawapan-jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut. Hal ini penting bagi menyakinkan pelajar terhadap kebolehan guru tersebut. melalui falsafah ini juga, seseorang guru harus memberi resional dalam memilih bahan yang layak untuk diajar atau mengajar bagi menjamin kesesuaian bahan dengan golongan pelajar. ia juag turut melibatkan kesinambungan dalam proses mendidik iaitu dengan tidak membataskan ilmu pada sesuatu tahap pengajian malah harus dikembangkan pada tahap pengajian yang lebih tinggi seperti ke peringkat IPTA. perubahan masa dan keadaan juga akan menyebabkan cara penyampaian ilmu juga turut berubah bagi menarik minat pelajar dalam sesuatu penyampaian ilmu.
3. AKSIOLOGI
Falsafah ini adalah melibatkan nilai etika dan agama dalam proses pengajaran yang dijalankan. sebagai seorang pendidik harus menyelitkan nilai-nilai pengajaran dan nasihat yang berkaitan dengan agama semas proses pembelajaran dijalankan agar dapat membentuk moral dan sahsiah pelajar disamping menyampaikan ilmu mengikut kandungan pembelajaran yang telah dipilih. falsafah ini adalah bertujuan untuk membentuk sifat perlakuan pelajar supaya menjadi insan yang bersahsiah tinggi disamping melahirkan golongan yang berilmu.
4. LOGIK
Dalam membentuk pemikiran yang tepat serta membantu pelajar dalam proses berkomunikasi amat penting dalam melibatkan falsafah ini. melalui falsafah logik, adalah terbahagi kepada dua bahagian iaitu;
(a) logik deduktif
- dengan mengunakan teknik pengajaran bermula dengan perkara umum kepada perkara khusus dimana guru harus memberi penjelasan kepada perkara utama/pokok dan diteruskan penjelasan secara terperinci untuk kefahaman pelajar terhadap perkara tersebut.
(b) logik induktif
- memulakan pengajaran dengan perkara yang khusus dan disusuli dengan butiran umum iaitu penjelasan yang lebih mendalam akan dikemukakan terlebih dahulu sebelum mewujudkan isu yang dibincangkan secara umum
SRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN
Strategi merupakan cara seseorang guru mencapai matlamat dalam proses pengajarannya. sepanjang pengajaran, guru-guru perlu menggunakan sesuatu yang minimum bagi membantu memudahkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu skop pembelajaran yang diajar yang lazimnya menggunakan teknik yang berfokus. Pembelajaran juga mesti mempunyai tahap tertentu kerana tahap memikiran pelajar adalah berbeza sama ada pelajar pintar dan sebaliknya. namun demikian, sebagai seorang guru, harus memberi fokus terhadap kedua-dua golongan pelajar tersebut dan tidak mengabaikan pelajar yang pintar kerana mereka memerlukan pembelajaran yang lebih mencabar dan perkara-perkara baru pada tahap yang lebih tinggi. Selain itu, guru juga harus tahu memilih jangka masa yang sesuai dalam memberi sesuatu tugas kepada pelajar agar pelajar mampu menyiapkan tugasan tersebut tanda memberi tekanan.
Kaedah dalam proses pembelajaran di sekolah merupakan suatu cara memberi pemahaman terhadap pelajar tentang sesuatu skop pembelajaran. guru-guru harus memberi peluang atau pendedahkan kepada pelajar untuk mencuba sendiri sesuatu yang ingin dihasilkan. Selain melihat kreativiti pelajar tersebut, suasana belajar yang sesuai untuk menarik minat pelajar juga akan wujud di dalam kelas. Kaedah tersebut tidak boleh terhad kepada teori sahaja dan memerlukan proses praktikal terutamanya dalam pembelajaran seni.
Teknik memainkan peranan dalam pembelajaran seni di sekolah yang merangkumi bahan-bahan yang berkaitan dengan penghasilan karya seni sama ada karya dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D). Guru-guru boleh juga menggalakkan murid untuk menggunakan bahan-bahan terpakai dalam menghasilkan sesuatu karya seni terutamanya karya 3D bagi melihat kreativiti murid tersebut. guru-guru perlu memberi arahan terlebih dahulu tentang karya yang perlu dihasilkan oleh murid di awal permulaan kelas. Teknik pengajaran seni dengan mengajar kandungan pembelajaran diluar kotak pemikiran murid juga penting bagi melatih murid supaya mampu berfikiran lebih kreatif. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar pelajar tahun 5 dengan menggunakan kandungan pembelajaran tingkatan 1 bagi meningkatkan taraf pembelajaran dlm kalangan murid. teknik yang digunakan perlu menggabarkan guru sebagai pemudah cara terhadap murid-murid dalam menghasilkan pelbagai karya seni.