Tuesday, 21 May 2013
Friday, 17 May 2013
Konsep SMART
Berhubung dengan pembelajaran seni, konsep SMART dibentangkan bagi menjelaskan bagaimana konsep tesebut digunakan dalam menjalankan pengajaran seni di dalam bilk darjah di mana konsep ini merupakan konsep berfokus. Berkenaan dengan konsep tersebut adalah berkaitan dengan;
S - Specific
M - Measurable
A - Attainable
R - Relevan
T - Time Bound
Melalui bahagian Specific, pengajaran adalah berkaitan dengan apa yang diajar oleh guru dimana melibatkan penerangan yang lebih terperinci terhadap murid.Konsep ini digunakan dengan memberi penerangan secara keseluruhan di awal pengajaran & diikuti penjelasan yang lebih berfokus kepada perkara utama yang dibincangkan.Skop pengajaran yang dijalankan akan menjadi lebih kecil dan mempunyai penjelasan yang jelas terhadap sesuatu perkara dimana ia berbeza dengan pengajaran yang befokuskan apa yg dibincangkan pada awal pembelajaran & kemudiannya di kembangkan dengan lebih menyeluruh.
Manakala melalui bahagian Measurable pula, ia adalah berkaitan dengan penguran tahap kefahaman pelajar berkenaan dengan apa yang didedahkan oleh guru. Hal ini berlaku kerana keupayaan murid dalam memahami sesuatu adalah berbeza. Namun demikian, guru tidak boleh mengabaikan murid yang mempunyai keupayaan kefahaman yang tinggi dan hanya memberi perhatian kepada pelajar yang lemah kerana mereka yang mempunyai keupayaan yang tinggi harus diberikan atau didedahkan dengan perkara - perkara yang lebih mencabar agar dapat memberi perkembanagn pemikiran yang lebih luas dan kualitas dalam menghasilkan sesuatu berkaitan dengan pendidikan seni.
Berkaitan dengan Attainable pula amat berkait rapat dengan Measurable. Hal ini perkenaan dengan pencapaian murid yang mana setiap pencapaian yang dimiliki mesti mempunyai tahap pengukuran kefahaman dalam pembelajrannya.Hal ini kerana tahap kefahaman murid adalah sebagai pendorong untuk menentukan pencapaian mereka dalam sesuatu tugasan yang diberikan.
Seterusnya, dalam bahagian Relevent pula, adalah berkaitan dengan kesesuaian pengajaran yang diberikan oleh guru mengikut tahap keupayaan pelajar. Hal ini memrlukan perancangan pengajaran yang tepat bagi menentukan penyampaian sesuatu perkara dapat disampaikan dengan tepat dan mampu diterima oleh murid. Sebagai contoh, teknik pembelajaran pada tahap menengah tidak sesuai digunakankan dalam penyampaian di tahap kebangsaan. Namun demikian, perkara ini juga boleh digunakan jika guru tersebut yakin dengan kebolehan murid dan baik untuk perkembangan pemikiran murid kepada tahap yang lebih tinggi dan terbuka.
Manakala melalui bahagian terakhir iaitu berkaitan dengan Time Bound, guru juga perlu mengabil serius kerana tanpa perancangan yang baik akan menyebabkan tekanan dan bebanan tugas terhadap murid.Dalam memberi sesuatu tugasan kepada pelajar, guru harus mengambil kira jangka masa yang diperlukan oleh murid mengikut jangka masa yang sesuai dan tidak terlalu singkat dan membawa kepada tekanan terhadap emosi murid dan seterusnya menyebabkan murid akan hilang minat terhadap mata pelajaran yang diajar.
Wednesday, 15 May 2013
Refleksi minggu 6
Pengajaran diteruskan dengan pendekatan kurikulum dimana merangkumi aspek yang terkandung dalam Pendidikan Seni Visual Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) iaitu dalam bidang menggambar, membuat corak & rangkaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional.
Seterusnya, turut membicarakan tentang ciri - ciri guru berkesan dimana penilaiaan terhadap konsep pengajaran seseorang guru dapat dianalisis bagi menentukan keberkesanan penyampaiannya sepanjang menjalani pengajaran di bilik darjah atau sebaliknya.Hal ini bergantung kepada kemahiran dan kreativiti seseorang guru itu sendiri dalam menyampaian sesuatu kepada murid. secara dasarnya, terdapat 4 ciri utama dalam menentukan keberkesanan tersebut, iaitu;
Seterusnya, turut membicarakan tentang ciri - ciri guru berkesan dimana penilaiaan terhadap konsep pengajaran seseorang guru dapat dianalisis bagi menentukan keberkesanan penyampaiannya sepanjang menjalani pengajaran di bilik darjah atau sebaliknya.Hal ini bergantung kepada kemahiran dan kreativiti seseorang guru itu sendiri dalam menyampaian sesuatu kepada murid. secara dasarnya, terdapat 4 ciri utama dalam menentukan keberkesanan tersebut, iaitu;
(1) Berpengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar.
Seseorang guru harus menyusun program pengajaran yang lebih tepat supaya dapat memberi pengajaran yang lebih lancar terhadap murid selain turut meningkatkan pengetahuan kurikulum yang melibatkan dunia luar dan bukan hanya melalui kandungan pengajaran yang telah disediakan bagi melahirkan pelajar yang lebih berfikiran terbuka. Kebersanan bagi aspek ini dapat dinilai melalui penjelasan guru terhadap sebarang pertanyaan / persoalan daripada murid dengan lebih jelas dan difahami.
(2) Mendorong murid berusaha dalam meningkatkan pencapaian.
Dalam mendorong meningkatkan pencapaian pelajar, guru harus tahu bagaimana untuk menimbulkan minat pelajar dalam menjalani pembelajaran supaya mudah menerima apa yang disampaikan.Selain itu guru juga perlu mengambil kira tentang kebolehan murid kerana setiap pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza. Namun demikian, guru tidak boleh mengabaikan murid yang mempunyai pencapaian yang lebih tinggi dan hanya menumpukan kepada pelajar yang sebaliknya. Malah, guru harus menyediakan pengajaran yang lebih mencabar kepada mereka supaya dapat mengembangkan lagi pengetahuan dan tidak hanya berada dalam ruang lingkup yang terhad.walau bagaimanapun, penerapan motivasi harus dipraktikkan sepanjang proses pengajaran berlaku bagi membentuk sahsiah murid dan meningkatkan kesungguhannya.
(3) Menyusun kandungan pembelajaran yang difahami.
Penyampaian pengajaran harus disalurkan dengan tersusun supaya mampu memberi kefahaman yang jelas kepada murid dan mengelakkan berlaku kekeliruan semasa mengajar. Namun demikian, guru juga harus mengenalpasti masalah - masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk memahami apa yang diajar supaya dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan lancar dan berkesan.
(4) Penggunaan kaedah pengajaran yang pelbagai.
Pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai amat penting dalam menentukan keberkesanan dalam pengajaran sama ada disampaikan secara individu atau berkumpulan. kreativiti seseorang guru dalam penyampaian juga penting selain dapat menarik minat pelajar, ia juga dapat memberi penjelasan yang tepat terhadap apa yang disampaikan. Antara kaedah yang sering digunakan dalam pengajaran seni visual adalah melalui praktikal, simulasi dan perkaitan dengan unsur alam. Malah, kaedah teori kurang digunakan dalam pendidikan seni visual.
PENDIDIKAN SENI VISUAL MELAHIRKAN PELAJAR YANG HOLISTIK MELALUI KONSEP "JERIS"
J - Jasmani
E - Emosi
R - Rohani
I - Intelek
S - Sosial
Jasmani merupakan penggunaan anggota badan atau perlakuan yang dilakukan oleh murid semasa mealukan aktiviti berkaitan dengan Pendidikan Seni Visual semasa di dalam kelas. hal ini membantu melahirkan pelajar yang aktif serta produktif dalam menghasilkan sesuatu produk seni
Berkaitan denagn emosi pula, adalah melibatkan perasan dalaman yang mampu mengawal sesuatu tindakan murid dalam sesuatu aktiviti denagn secara tidak langsung guru mampu mentafsir kedudukan emosi seseorang murid. secara amnya, guru harus memilih aktiviti dan konsep pembelajaran yang sesuai untuk didedahkan kepada murid supaya mampu menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam sesuatu pembeljaran yang diajar agar dapat membentuk kesungguhan dalam diri pelajar tersebut.
secara dasarnya, aspek rohani pula adalah berkara yang berkaitan dengan hal - hal dalam murid. Dalam menjalani pengajaran, guru juga harus memasukkan unsur - unsur alam serta berkaitan dengan keagamaan bagi membentuk sahsiah seseorang murid dan bukan hanya mementingkan pencapaian dalam skop pengajaran sahaja, malah turut membentuk nilai - nilai murni dan keagamaan dalam diri pelajar.
Mnakala dari seni aspek intelek pula, merupakan pembentukan minda murid melalui pendidikan seni visual.pendedahan pengajaran yang berada di luar kotak pemikiran juga harus disampaikan oleh guru bagi melahirkan murid yg berfikiran terbuka, kreatif dan kritis dalam segala tindakan dan aktiviti yang dilakukan. sebagai contoh melalui pengaran mewarna yang dikaitkan dengan unsur alam sekeliling.
dari segi sosial, penerapan nilai harus disalurkan kedalam diri murid semasa pengajaran di dalam kelas dijalankan. hal ini kerana disamping menyalurkan ilmu yang telah dirancang, secara tidak langsung murid juga mampu membina jati diri yang tinggi dalam menjalankan kehidupan bermasyarakat.
Monday, 13 May 2013
Penilaian pengajaran guru dalam subjek seni
Sek. Keb. Bangsar
STRATEGI PEMBELAJARAN
i.
Sebelum Kelas
Strategi pengajaran dalam
subjek seni memerlukan perancangan awal sebelum memulakan pengajaran di dalam
kelas. Menurut guru yang terlibat dalam penilaian pengajaran seni, didapati
rangkaan awal dibuat sebelum hari untuk memulakan kelas iaitu mengarahkan semua
pelajar yang terlibat dalam sesuatu kelas tersebut supaya membawa peralatan dan
kelengkapan yang akan digunakan sepanjang pengajaran tersebut berlaku.
ii.
Semasa kelas
Guru memulakan kelas dengan perbualan kosong dengan
pelajar agar pelajar dapat menenangkan diri sebelum memulakan proses
pembelajaran. Seterusnya guru tersebut mula menerangkan tentang tugasan yang
perlu dilakukan oleh pelajar dengan mempunyai kaitan dengan peralatan dan bahan
- bahan yang dibawa oleh pelajar. Penerangan tersebut mesti jelas dan difahami
oleh semua pelajar sebelum memulakan kelas supaya tidak menimbulkan gangguan
kerja pelajar sepanjang gerak kerja yang
dilakukan oleh pelajar.
Semasa gerak kerja dijalankan, guru turut memasukkan
contoh seni lain selain seni yang diajar di dalam kelas tersebut. Sebagai
contoh, seni bunyi & seni suara dijadikan contoh semasa mengajar tentang
warna dan ton warna. Strategi ini bertujuan membuka minda pelajar lebih luas
dan tidak terhad dengan pembelajaran yang dijalankan pada masa tersebut sahaja.
Contohnya, guru mengeluarkan bunyi seperti bersiul bagi menarik perhatian
pelajar.
Selain itu, guru juga mementingkan pergerakan
sepanjang menjalankan pengajaran di dalam kelas. Strategi ini bertujuan untuk
menarik minat pelajar supaya tidak menimbulkan rasa bosan sepanjang kelas
berjalan. Pergerakan guru juga dapat menimbulkan suasana bilik darjah yang
ceria menyebabkan mampu menarik minat pelajar untuk mengikuti skop pembelajaran
yang dijalankan.
Pertanyaan berkala juga turut dijalankan oleh guru
tersebut tentang perkara yang diajar dan tidak semestinya menunggu pelajar
bertanya. Hal ini kerana kadang – kadang sesetengah pelajar mempunyai perasaan
malu untuk bertanya tentang apa yang tidak difahami.
iii.
Selepas kelas
Guru bertanya kepada pelajar secara keseluruhan
tentang kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang dijalankan dan menjelaskan
secara keseluruhan pengajaran yang dijalankan. Bagi menguji kefahaman tersebut
guru memberi beberapa soalan berkaitan dengan kandungan pembelajaran tersebut
dengan menawarkan habuan seperti belanja makan pelajar yang dapat menjawab
soalan tersebut. Hal ini juga penting bagi melatih pelajar berfikir. Guru juga
memberi pujian terhadap hasil kerja pelajar bertujuan untuk memberi semangat
kepada pelajar supaya minat untuk mengikuti kelas – kelas yang akan datang.
Mengikut penilaian yang dibuat, guru juga menjelaskan
tahap pengajaran yang dijalankan iaitu tahap pembelajaran tingkatan 1
dimasukkan dalam sukatan pembelajaran tahun 5 yang bertujuan menaikkan taraf
pembelajaran seni dalam kalangan pelajar.
ANALISIS STRATEGI PEMBELAJARAN
Mengikut
penilaian yang dibuat terhadap strategi pembelajaran yang dibuat oleh guru
tersebut adalah berkesan. Hal ini dapat dilihat apabila melihat keadaan pelajar
yang mempunyai minat yang tinggi sepanjang proses pengajaran yang dijalankan.
Pelajar turut menggunakan masa sepenuhnya dalam melakukan tugasan iaitu
mengkaji warna dan ton warna mengikut sukatan pelajaran yang disediakan oleh
guru tersebut. Walaupun terdapat juga keadaan kelas yang bising seketika, namun
masih tidak terpesong dari pembelajaran. Dalam pengajaran seni, suasana yang
ceria amat diperlukan dan tidak seperti pembelajaran lain yang berkaitan dengan
teori sahaja dan memerlukan perhatian dari pelajar sepenuhnya.
KAEDAH PEMBELAJARAN
Dalam pengajaran seni yang dijalankan
di Sekolah Kebangsaan Bangsar, guru menggunakan dua kaedah pembelajaran utama iaitu kaedah simulasi dan kaedah
praktikal. Dalam kaedah simulasi iaitu di mana kaedah ini melibat tunjuk cara
daripada guru dalam melaksanakan tugasan yang berkaitan dengan seni. Melalui
penilaian yang dibuat, guru memulakan terlebih dahulu perkara yang perlu dibuat
oleh pelajar iaitu mengkaji warna dan ton warna.
Manakala dalam kaedah kedua
iaitu kaedah praktikal, guru mengarahkan pelajar sendiri melakukan gerak kerja
seni dengan menggunakan contoh ton warna sebagai panduan pelajar. Dalam kaedah
ini. Guru hanya bertindak sebagai pemudah cara dan menjadi panduan kepada
pelajar sepanjang menjalankan tugasan tersebut. Namun demikian, penerangan
terperinci turut diadakan oleh guru bagi memberi kefahaman yang sepenuhnya
kepada pelajar. Kaedah ini juga lebih banyak digunakan berbanding kaedah
simulasi.
ANALISIS KAEDAH PENGAJARAN
Kaedah praktikal merupakan
kaedah penting dalam pengajaran seni kerana dalam pembelajaran seni melibatkan
lebih banyak kemahiran dan kreativiti pelajar dalam menghasilkan sesuatu hasil
seni. Kaedah simulasi hanya digunakan di awal pembelajaran yang bertujuan
sebagai tunjuk cara untuk membeli penjelasan kepada pelajar. Manakala kaedah
teori pula hanya mempunyai peratus yang rendah untuk digunakan dalam pengajaran
seni kerana ia hanya menerangkan secara umum tentang sesuatu kesenian dan
kurang memberi penjelasan kepada pelajar terutamanya melibatkan pelajar di
sekolah kebangsaan.
TEKNIK DAN PENDEKATAN
Melalui penilaian yang dilakukan,
pengajaran seni menggunakan teknik pengajaran yang mengaitkan dengan unsur alam
sekeliling bilik darjah. Guru menguji pemikiran pelajar dengan warna – warna
yang terdapat pada pokok dan tumbuh – tumbuhan. Melalui pemerhatian pelajar
terhadap unsur tersebut akan dapat melahirkan kreativiti pelajar dalam mengkaji
warna dan ton warna.
Selain itu, guru juga
turut memberi contoh seni lain untuk dibandingkan dengan seni warna dan ton
warna. Sebagai contoh, seni muzik & bunyi di mana seni tersebut juga
dikatakan mempunyai ton tersendiri. Sebagai contoh, guru tersebut bersiul bagi
mencetus pemikiran pelajar terhadap kesenian malah guru tersebut turut
memasukkan kesenian dengan keislaman melalui pendapat tokoh – tokoh Islam.
ANALISIS TEKNIK
& PENDEKATAN
Penilaian yang dibuat melalui pemerhatian teknik dan
pendekatan yang diambil oleh guru tersebut didapati berkesan dalam pengajaran
seni. Hal ini dapat dilihat melalui kefahaman pelajar terhadap perkara yang
diajar di dalam bilik darjah. Pelajar mula berfikir tentang kombinasi warna
tertentu untuk menghasilkan ton warna yang dikehendaki. Sebagai contoh,
kombinasi warna biru dan kuning akan menghasilkan warna hijau melalui sukatan –
sukatan tertentu. Pelajar juga mampu berfikir di luar kotak dengan teknik yang
digunakan oleh guru tersebut berkaitan perkara – perkara yang terdapat di luar
dari bilik darjah.
KAWALAN PELAJAR
Melalui aspek kawalan pelajar, guru sentiasa berjalan dan
meminimumkan berada di kerusi sepanjang perjalanan kelas bertujuan untuk
menarik perhatian pelajar agar memberi perhatian sepanjang proses pembelajaran
berlangsung selain guru mengawal pelajar secara individu dengan menuju ke
tempat pelajar tersebut.
Namun demikian, guru juga
turut meninggikan suara dan menunjukkan riak muka yang serius sebelum
menjelaskan tentang perkara yang diajar sekiranya melihat keadaan bilik
darjah yang terlalu bising dan pelajar
mula hilang tumpuan. Selepas pelajar mula kembali memberikan tumpuan, guru
meneruskan pembelajaran seperti biasa dengan menimbulkan suasana bilik darjah
yang ceria.
Mengikut penjelasan dari
guru tersebut, kawalan pelajar jangka panjang adalah penting iaitu dengan
menimbulkan minat dan hormat oleh pelajar terhadap seseorang guru walaupun
berada di luar bilik darjah.
ANALISIS KAWALAN PELAJAR
Dalam
mengawal pelajar sepanjang pembelajaran dalam bilik darjah, riak muka guru
memainkan peranan penting supaya pelajar dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya
terhadap perkara yang diajar disamping menggunakan suara yang tinggi apabila
mendapati keadaan bilik darjah yang
hampir tidak terkawal. Hal ini kerana gurun akan dapat menarik perhatian
pelajar dan dapat meneruskan pembelajaran tersebut. Penggunaan ucapan yang
lembut juga amat sesuai bagi pelajar pada tahap sekolah kebangsaan seperti
penggunaan ucapan terhadap anak –anak.
Melihat
kepada teknik kawalan pelajar yang digunakan oleh guru tersebut berkesan
apabila pelajar dapat memberi perhatian dengan apa yang dijelaskan oleh guru
tersebut. Kata – kata semangat juga turut diperlukan dalam mengawal pelajar
sepanjang berada di bilik darjah bertujuan untuk menarik minat pelajar
mengikuti sukatan pelajaran yang dijalankan.
PERANCANGAN PENGAJARAN
Mata pelajaran : Pendidikan seni visual
Kelas :
5 inisiatif
Sekolah : Sek. Keb. Bangsar,
Pantai Dalam Kuala Lumpur
Waktu :
9.40 – 10.40 pagi
Tajuk :
Warna dan ton warna
Objektif
: Murid mengenali warna dan memahami cara – cara mencampurkan warna bagi menghasilkan ton warna menaik
atau menurun
Kaedah :
I.
Pengamatan :
Murid mendapat penerangan berkaitan warna dan guru
menunjukkan contoh – contoh warna sambil mengedarkan carta warna sebagai bahan
rujukan. Guru juga menunjukkan contoh – contoh lain yang terdapat pada alam
semula jadi seperti tumbuh – tumbuhan atau pokok yang terdapat di kawasan
sekitar.
II.
Penerokaan :
Murid mengkaji
bagaimana warna dicampurkan dan menghasilkan warna yang berlainan serta memberi
panduan sambil membuat tunjuk cara.
III.
Aplikasi :
Murid mencampurkan warna yang
diarahkan dan mewarnakan pada kertas lukisan. Guru turut memberi komen dan
membetulkan kesalahan sekiranya ada. Guru juga mempamerkan hasil kerja yang
terbaik sebagai imbuhan agar pelajar cuba menghasilkan karya sebaik mungkin.
RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
Mata Pengenalan: Pendidikan seni visual
Tahun/
Darjah: 5
Bilangan
Murid: 34
Hari:
Rabu
Tarikh:
10. 4. 2013
Waktu:
9.40 – 10.40 pagi
Masa:
90 minit
Bidang
Pembelajaran:
Ativiti:
1. Memahami warna dan campuran warna
2. menghasilkan lukisan mengikut
kreativiti warna
Tajuk : warna dan ton warna
Alatan
dan Bahan: kertas lukisan, pensel, berus dan warna.
Bahan
Rujukan: Internet dan buku
Objektif
Pembelajaran:
I.
Memberi
penerangan kepada pelajar tentang ton warna mengikut kombinasi warna tertentu.
II.
Menjelaskan
cara – cara mencampurkan warna untuk menghasilkan warna menaik & menurun.
|
BUTIRAN / MASA
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
|
HASIL PEMBELAJARAN
|
|
Set Induksi
: (5 minit)
(Menarik perhatian
pelajar)
|
·
Guru memulakan pelajaran dengan menunjukkan contoh
warna menggunakan carta ton warna
|
·
Pertanyaan dari pelajar tentang perkara yang
tidak faham berkaitan dengan campuran warna
|
|
Penerangan teknik
:
(10 minit)
|
·
Guru memberikan penerangan berkenaan tajuk
pembelajaran iaitu kombinasi warna dan ton warna
·
Guru menerangkan dahulu langkah-langkah untuk
mewarna.
|
·
Pelajar memberikan perhatian.
|
|
Penggunaan
idea :
(45minit)
|
·
Guru meminta semua pelajar membuat campuran warna
di atas kertas lukisan
·
Guru bertindak sebagai penunjuk cara dengan
melakukan perkara yang sama iaitu menghasilkan ton warna pada kertas lukisan
·
Guru membantu pelajar yang masih keliru dan
tidak faham dengan cara yang di terangkan.
|
·
Pelajar mula melakukan campuran warna pada kertas
lukisan
·
Mengembangkan idea kreatif setiap pelajar
melalui pemerhatian.
|
|
Kemasan karya :
(20 minit)
|
·
Guru meminta pelajar menggunakan campuran
warna mengikut kreativiti masing-masing.
|
·
Idea dan kreativiti pelajar terserlah dengan
terhasilnya kombinasi warna yang menarik pada kertas lukisan.
|
|
Penutup : (10 minit)
|
|
·
Pelajar mula memahami apa yang dikehendaki oleh guru berkenaan dengan
ton warna.
|
Subscribe to:
Comments (Atom)