PENDIDIKAN SENI VISUAL MELAHIRKAN PELAJAR YANG HOLISTIK MELALUI KONSEP "JERIS"
J - Jasmani
E - Emosi
R - Rohani
I - Intelek
S - Sosial
Jasmani merupakan penggunaan anggota badan atau perlakuan yang dilakukan oleh murid semasa mealukan aktiviti berkaitan dengan Pendidikan Seni Visual semasa di dalam kelas. hal ini membantu melahirkan pelajar yang aktif serta produktif dalam menghasilkan sesuatu produk seni
Berkaitan denagn emosi pula, adalah melibatkan perasan dalaman yang mampu mengawal sesuatu tindakan murid dalam sesuatu aktiviti denagn secara tidak langsung guru mampu mentafsir kedudukan emosi seseorang murid. secara amnya, guru harus memilih aktiviti dan konsep pembelajaran yang sesuai untuk didedahkan kepada murid supaya mampu menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam sesuatu pembeljaran yang diajar agar dapat membentuk kesungguhan dalam diri pelajar tersebut.
secara dasarnya, aspek rohani pula adalah berkara yang berkaitan dengan hal - hal dalam murid. Dalam menjalani pengajaran, guru juga harus memasukkan unsur - unsur alam serta berkaitan dengan keagamaan bagi membentuk sahsiah seseorang murid dan bukan hanya mementingkan pencapaian dalam skop pengajaran sahaja, malah turut membentuk nilai - nilai murni dan keagamaan dalam diri pelajar.
Mnakala dari seni aspek intelek pula, merupakan pembentukan minda murid melalui pendidikan seni visual.pendedahan pengajaran yang berada di luar kotak pemikiran juga harus disampaikan oleh guru bagi melahirkan murid yg berfikiran terbuka, kreatif dan kritis dalam segala tindakan dan aktiviti yang dilakukan. sebagai contoh melalui pengaran mewarna yang dikaitkan dengan unsur alam sekeliling.
dari segi sosial, penerapan nilai harus disalurkan kedalam diri murid semasa pengajaran di dalam kelas dijalankan. hal ini kerana disamping menyalurkan ilmu yang telah dirancang, secara tidak langsung murid juga mampu membina jati diri yang tinggi dalam menjalankan kehidupan bermasyarakat.
No comments:
Post a Comment