Friday, 17 May 2013

Konsep SMART


Refleksi Minggu 7


   Berhubung dengan pembelajaran seni, konsep SMART dibentangkan bagi menjelaskan bagaimana konsep tesebut digunakan dalam menjalankan pengajaran seni di dalam bilk darjah di mana konsep ini merupakan konsep berfokus. Berkenaan dengan konsep tersebut adalah berkaitan dengan;

S   - Specific
M  - Measurable
A   - Attainable
R   - Relevan
T   - Time Bound

   Melalui bahagian Specific, pengajaran adalah berkaitan dengan apa yang diajar oleh guru dimana melibatkan penerangan yang lebih terperinci terhadap murid.Konsep ini digunakan dengan memberi penerangan secara keseluruhan di awal pengajaran & diikuti penjelasan yang lebih berfokus kepada perkara utama yang dibincangkan.Skop pengajaran yang dijalankan akan menjadi lebih kecil dan mempunyai penjelasan yang jelas terhadap sesuatu perkara dimana ia berbeza dengan pengajaran yang befokuskan apa yg dibincangkan pada awal pembelajaran & kemudiannya di kembangkan dengan lebih menyeluruh.

   Manakala melalui bahagian Measurable pula, ia adalah berkaitan dengan penguran tahap kefahaman pelajar berkenaan dengan apa yang didedahkan oleh guru. Hal ini berlaku kerana keupayaan murid dalam memahami sesuatu adalah berbeza. Namun demikian, guru tidak boleh mengabaikan murid yang mempunyai keupayaan kefahaman yang tinggi dan hanya memberi perhatian kepada pelajar yang lemah kerana mereka yang mempunyai keupayaan yang tinggi harus diberikan atau didedahkan dengan perkara - perkara yang lebih mencabar agar dapat memberi perkembanagn pemikiran yang lebih luas dan kualitas dalam menghasilkan sesuatu berkaitan dengan pendidikan seni.

  Berkaitan dengan Attainable pula amat berkait rapat dengan Measurable. Hal ini perkenaan dengan pencapaian murid yang mana setiap pencapaian yang dimiliki mesti mempunyai tahap pengukuran kefahaman dalam pembelajrannya.Hal ini kerana tahap kefahaman murid adalah sebagai pendorong untuk menentukan pencapaian mereka dalam sesuatu tugasan yang diberikan.

   Seterusnya, dalam bahagian Relevent pula, adalah berkaitan dengan kesesuaian pengajaran yang diberikan oleh guru mengikut tahap keupayaan pelajar. Hal ini memrlukan perancangan pengajaran yang tepat bagi menentukan penyampaian sesuatu perkara dapat disampaikan dengan tepat dan mampu diterima oleh murid. Sebagai contoh, teknik pembelajaran pada tahap menengah tidak sesuai digunakankan dalam penyampaian di tahap kebangsaan. Namun demikian, perkara ini juga boleh digunakan jika guru tersebut yakin dengan kebolehan murid dan baik untuk perkembangan pemikiran murid kepada tahap yang lebih tinggi dan terbuka.

   Manakala melalui bahagian terakhir iaitu berkaitan dengan Time Bound, guru juga perlu mengabil serius kerana tanpa perancangan yang baik akan menyebabkan tekanan dan bebanan tugas terhadap murid.Dalam memberi sesuatu tugasan kepada pelajar, guru harus mengambil kira jangka masa yang diperlukan oleh murid mengikut jangka masa yang sesuai dan tidak terlalu singkat dan membawa kepada tekanan terhadap emosi murid dan seterusnya menyebabkan murid akan hilang minat terhadap mata pelajaran yang diajar.

No comments:

Post a Comment