Tuesday, 21 May 2013


Refleksi minggu 8

Pada minggu ke-8, pembelajaran berkaitan dengan strategi, kaedah, teknik dan pendekatan melalui pembentangan pelajar diteruskan melalui perbentangan pelajar. Dalam pembentangan tersebut penjelasan mengenai pendekatan kaedah seperti induktif dan deduktif telah dibentangkan. Dr Zuraida menjelaskan dengan teliti sebagai pencerahan mengenai pendekatan yang diterangkan oleh kumpulan pembentangan kerana pembentangan yang dijalankan kurang jelas
Melalui konsep induktif adalah merupakan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat, dan kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan.
Manakala melalui konsep deduktif pula adalah berkaitan tentang sesuatu yang umum kepada khusus. Bermula dengan butiran dan kemudian penaakulan memberi fokus pada butiran lalu membuat kesimpulan umum.
Seterusnaya konsep elkletik secara dasarnya menjelaskan tentang pendekatan yang diwujudkan hasil daripada gabungan dua atau beberapa pendekatan. 
Manakala yang terakhir adalah konsep Komunikatif dimana berkaitan dengan pendekatan  yang  berfokuskan kepada aktiviti berinteraksi dan berkomunikasi di dalam kelas.  

No comments:

Post a Comment