Pengajaran diteruskan dengan pendekatan kurikulum dimana merangkumi aspek yang terkandung dalam Pendidikan Seni Visual Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) iaitu dalam bidang menggambar, membuat corak & rangkaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional.
Seterusnya, turut membicarakan tentang ciri - ciri guru berkesan dimana penilaiaan terhadap konsep pengajaran seseorang guru dapat dianalisis bagi menentukan keberkesanan penyampaiannya sepanjang menjalani pengajaran di bilik darjah atau sebaliknya.Hal ini bergantung kepada kemahiran dan kreativiti seseorang guru itu sendiri dalam menyampaian sesuatu kepada murid. secara dasarnya, terdapat 4 ciri utama dalam menentukan keberkesanan tersebut, iaitu;
Seterusnya, turut membicarakan tentang ciri - ciri guru berkesan dimana penilaiaan terhadap konsep pengajaran seseorang guru dapat dianalisis bagi menentukan keberkesanan penyampaiannya sepanjang menjalani pengajaran di bilik darjah atau sebaliknya.Hal ini bergantung kepada kemahiran dan kreativiti seseorang guru itu sendiri dalam menyampaian sesuatu kepada murid. secara dasarnya, terdapat 4 ciri utama dalam menentukan keberkesanan tersebut, iaitu;
(1) Berpengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar.
Seseorang guru harus menyusun program pengajaran yang lebih tepat supaya dapat memberi pengajaran yang lebih lancar terhadap murid selain turut meningkatkan pengetahuan kurikulum yang melibatkan dunia luar dan bukan hanya melalui kandungan pengajaran yang telah disediakan bagi melahirkan pelajar yang lebih berfikiran terbuka. Kebersanan bagi aspek ini dapat dinilai melalui penjelasan guru terhadap sebarang pertanyaan / persoalan daripada murid dengan lebih jelas dan difahami.
(2) Mendorong murid berusaha dalam meningkatkan pencapaian.
Dalam mendorong meningkatkan pencapaian pelajar, guru harus tahu bagaimana untuk menimbulkan minat pelajar dalam menjalani pembelajaran supaya mudah menerima apa yang disampaikan.Selain itu guru juga perlu mengambil kira tentang kebolehan murid kerana setiap pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza. Namun demikian, guru tidak boleh mengabaikan murid yang mempunyai pencapaian yang lebih tinggi dan hanya menumpukan kepada pelajar yang sebaliknya. Malah, guru harus menyediakan pengajaran yang lebih mencabar kepada mereka supaya dapat mengembangkan lagi pengetahuan dan tidak hanya berada dalam ruang lingkup yang terhad.walau bagaimanapun, penerapan motivasi harus dipraktikkan sepanjang proses pengajaran berlaku bagi membentuk sahsiah murid dan meningkatkan kesungguhannya.
(3) Menyusun kandungan pembelajaran yang difahami.
Penyampaian pengajaran harus disalurkan dengan tersusun supaya mampu memberi kefahaman yang jelas kepada murid dan mengelakkan berlaku kekeliruan semasa mengajar. Namun demikian, guru juga harus mengenalpasti masalah - masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk memahami apa yang diajar supaya dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan lancar dan berkesan.
(4) Penggunaan kaedah pengajaran yang pelbagai.
Pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai amat penting dalam menentukan keberkesanan dalam pengajaran sama ada disampaikan secara individu atau berkumpulan. kreativiti seseorang guru dalam penyampaian juga penting selain dapat menarik minat pelajar, ia juga dapat memberi penjelasan yang tepat terhadap apa yang disampaikan. Antara kaedah yang sering digunakan dalam pengajaran seni visual adalah melalui praktikal, simulasi dan perkaitan dengan unsur alam. Malah, kaedah teori kurang digunakan dalam pendidikan seni visual.
No comments:
Post a Comment